Friday, May 11, 2012

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG



Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Sunday, May 6, 2012

zaman mutakhir, zaman lelaki didayuskan.


Zaman mutakhir ni payah sekali kita nak jumpa malahan memiliki isteri solehah yakni bererti taat sepenuhnya kepada suami tesayang. Sebab utama ialah mereka (para isteri) sendiri tak faham apa sebenarnya erti taat. Pada pendapat peribadi aku, taat bermaksud menerima, memahami, mengikuti suruhan dan kata orang yang perlu ditaati tersebut selagi tidak menyalahi syara’ tanpa sebarang persoalan di mulut, perbalahan di dalam hati mahupun protes anggota badan. Protes anggota badan tu maksudnya si isteri ni tunjuk la tindak tanduk yang menggambarkan ketidakpuashatiannya seperti muncung, masam muka, kalau sebelum ni semua suami buat for example pakaikan seatbelt tapi disebabkan dia nak protes,dia masuk kereta terus pakai seatbelt sendiri. Perkara macam ni Nampak remeh tapi kalau mendatangkan perasaan kecil hati dalam hati suami, kita sendiri tau apa hukumnya.

Masalah ni wujud mudah saja.sebab yang berhak untuk ditaati tidak ditaati.paham tak maksud ayat ni?maksudnya dia (si isteri) tak taat kepada Allah dan Rasul-Nya.bila dia tak taat kepada Penciptanya dan kekasih-Nya, macamana dia nak taat kepada ibu bapa dia?dah dengan parents tak reti nak taat, adalah mustahil untuk seseorang wanita itu untuk mentaati suaminya juga.hukum yang simple kan.tapi ini sekadar pandangan peribadi.betul tidak, itu subjektif.bergantung kepada individu. Ini Cuma dari pemerhatian dan kesimpulan dari ‘educated assumption’ sendiri.

Kepada jejaka di luar sana, pilihlah isteri dengan teliti. Taat itu satu criteria kemaslahatan keluarga di masa akan dating. Kalau Nampak sebelum kahwin lagi dah dok asyik memberontak je, al-maklumlah tu ye.pada masa yang sama, didik lah diri kita untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya juga.ingat!lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Selamat beramal~~

p/s berbulan dok diam tetibe beceramah.lulz