Thursday, September 6, 2012

Pabila Tanah Ditadbir SI Bebal


Aku tak tau dalam setahun pihak berkuasa tempatan peruntukkan berapa juta ringgit untuk perbetulkan jalan raya kay kampung aku ni. Baru semalam jalan kat kampung aku ni di'baru'kan. dari hujung simpang tiga depan kedai Wan Seriah sampai lah ke persimpangan Kota. Bukan aku tak bersyukur, atau tak berterima kasih kepada pentadbir negeri. Aku cukup berterima kasih atas usaha yang cuba yang ditunjukkan. Tapi tak sampai 2 hari, ada je paip air yang pecah kat tepi jalan ni. 2 3 paip pecah tiap bulan. Pecah pulak betul2 tepi jalan. Bila da pecah, syarikat air negeri terpaksa la korek tanah, dengan jalan tar sekali disauknya. 

Bila dah betulkan, tak pernah tahu atau faham tanggungjawab untk meng'tar'  balik jalan yang dah dikorek tu. Jadi jalan tu dibiarkan lah berlubang atau paling tidak pun, ditampal dengan simen. Jalan tar, berlubang, tampal dengan simen. Nampak tak kat situ, SIMEN! Jelas terpancar tahap kebebalan yang agung setinggi Gunung Datuk. Bila hujan, habislah semua pasir dari simen yang dah pecah tadi, bertaburan di persimpangan jalan. Kalau motor lalu tu, mampus la nak kena bawak slow tahap kura-kura sebab takut tergelincir. Jadi aku ingat, sama ada perancang desa dan wilayah daerah rembau ni, sama ada dia level SPM, dapat post perancang dandar dan wilayah rembau ni guna ‘cabel’ atau pun dia memang beli sijil. Dari dok tampal jalan sini sikit, sana sikit, lebih baik buat je jalan baru dari awal sampai akhir. Buat lah jalan tu berkualiti sikit. Susah sikit nak pecah, kurang belanja untuk perkara yang sama berulang kali setahun. Takkan benda tu pun nak tunggu common people bising.


No comments:

Post a Comment