Friday, December 14, 2012
Bola Malaya, Masalah dan Penyelesaian
Pertama, Harimau Malaya perlu ubah corak permainan. main short pass sudah. macam Barca. buat penat badan lari2 jejauh pasti bola ke longkang ni.
Kedua, CD tak bole leka, melopong. Abam Aidil kena kurangkan melopong. Abam Azmi pulak kena kasi laju skit. pihak lawan masuk gelecek bole, pandang je. tak challenge langsung. jangan melopong, mark key player, jangan bagi chance lawan try. kalau try, 50-50 bolos. kalau tak try, solid ZERO bolos.
Ketiga, RB & LB perlu buka ruang dan support attacking. Abam Mahali terbaik setakat ni. kalau 2-2 side laju naik turun, jamin Malaysia pergi peringkat akhir Piala Asia.
Tiga,DMF like Abam Safiq dan 2,3 MF bertahan sangat bagus dalam memenuhkan ruang diluar kotak penalti. tapi ruang hanya diisi, tapi banyak ruang dan lubang untuk lawan masuk dalam petak penalti. ada 5 MF, tapi sayap lawan masih masuk petak penalti. cuba jadi macam Essien dengan Gerrard, pegi challenge bola tu.
Empat, tatkala bola dah dirampas, MF perlu lekas menguasai bahagian tengah untuk menutup ruang. tak perlu di kejar melepasi padang kita, cukup mengekor, pressure sampai lawan terpaksa pass bola balik ke belakang.
Lima, bila kita sedang diserang, jangan kejar dari belakang lawan, sebaliknya turun ke bawah mengikut garisan menegak menghala ke bawah. kerana lawan yang pull ball wide, dia berlari lebih jauh dari berlari mengikut garisan menegak. jangan lawan ke kanan, kita ke kanan. sebaliknya, terus ke depan lawan untuk menutup ruang, cukup peluang, tujal bola dari kaki lawan.
Enam, CF bila kita defending, jangan dok main kemuncup kat atas. sebaliknya turun ke bawah salam kelajuan sederhana. supaya dalam 15 saat, SB sedang hold bola, anda mampu sekurang2nya menambah kapasiti pemain kita dibahagian tengah. ni Abam Shahrul sedikit lewat menyokong bahagian tangah.
Tujuh, bila kita berjaya merampas bola, jangan cemas kelam kabut menghantar bola nun jauh ke atas. CF tak sempat lari, MF pon tak sempat nak cover. so relax, hold bola 2 3 saat, cari rakan terdekat, dan paling selamat, pass. dah pass, jangan tercongok kat situ, tapi pull wide untuk buka ruang di bahagian tepi.
lapan, bila menyerang, MF perlu laju buka ruang dan support penyerang dan sayap kiri kanan. abam Badrol otai attacking, tapi chemistry hanya ada dengan Abam Muhymeen je. dengan Abam Shahrul, tak jadi sangat. kan kita ada Adik Nazmi, main kat Portugal lagi. banyak perkara bole belajar dalam beberapa bulan banding 2 tahun disini.
MF kena laju, pandai dribble, badan kental. macam Kunalan, laju, kental, tapi abam Kunalan tak pandai dribble sangat. kalau dribble power skit, mau dibeli dek Gamba Osaka. lari macam Usain Bolt. takkan nak harap Wan Zack je. sekali injured, kan ternganga.
tindakan:
Abam Kunalan kena training dribble sikit.
Abam Safiq, Abam Amar, dan MF yang kebanyakkannya defensive mentaliti, sila berlatih lari laju macam kilat, absorb sikit mentaliti menyerang.
Adik Nazmi, sila menuntut dengan penuh tekun di Portugal, sok Ong Kim Swee dah jadi coach, mohon ajar Abam2 and Adik2 baru dalam team Harimau Malaya. mana nak dapat ilmu bola sepak gitu kat sini.
Abam Shahrul, mohon jangan injured. kasi training dribble laju sikit lagi. lari laju, tapi dengan bola, goyah sikit.
Abam Safee, sila banyakkan berlari jugak. berat sangat nampaknya.
Abam Mahali, sila kekalkan prestasi anda. in fact, sila pengaruhi bunyamin untuk lebih agresif menyerang. anyway, you man of the tournament!
oh, tak lupa jugak goalkeeper. focus, communication penting dengan defend. kalau defend tak dengar, hentak kepala diorang dekat tiang gol. dalam team ada kapten, tapi defend, anda nakhodanya. pasal kalay Abam Safee kapten, yang tahan bola keeper jugak.
to FAM dan pihak2 beragenda peribadi, sila letak jawatan. biar jurulatih buat kerja dia. jangan dok suroh amik player ada nama, prestasi tiada. develop talent, bina kem, bagi geran banyak sikit. ni 1-2 juta, kongsi 20 pasukan. apebendenya. Malaysia kaya, presidan Tuanku Sultan lagi. petik jari, bilion duit datang.
kepada rakyat Malaysia, sila kukohkan semangat dan perpaduan. jangan malu pegi stadium. kalau tiket mahal, kita balun si kapitalis dalam sukan itu. teruskan menyokong Harimau Malaya. kalau bukan kita, takkan orang Korea pulak nak sokong.
sekian warkah dari penganalisa bola sepak amatur dari kg semin. segala pengetahuan yang cetek ini, hanya datang hasil menonton EPL dan La Liga. bayar bulan2 beratus, so sila belajar dari mereka. tiada alasan" itu obersee..kita meleysia, main style kita"
serius aku takde hal nak main style kita, tapi sila berkesan. kalau dah 15tahun main longpass still macam ini, sila akui kelemahan, baru bole maju ke hadapan. if we dont admit a problem exists, we wont solves it!
Selamanya Harimau Malaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment