Friday, December 14, 2012

Mengapa berpaling

Pada hemat aku, insan 22 tahun yang lahir dalam keluarga melayu sederhana, sememangnya faham akan sebab mengapa kebanyakan orang-orang lama, terutamanya dalam kalangan keluarga aku amat setia memilih dan menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Faktanya mudah.
Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu Mak Tam mendapatkan sedikit tanah dan harta sebagai warga peneroka FELDA.------Aku hidup, membesar dan bersekolah di Felda Palong 1, Gemas. dari kecil sampai umur aku mencecah 10 tahun, lalu aku berpindah balik kampung, Lubok China, Parlimen Rembau.

Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu arwah Opah dan Atuk aku memiliki sedikit tanah pertanian, rumah pusaka beserta kemudahan jalan raya bertar manggantikan jalan tanah merah yang berlecak lumpur pabila hujan.------Aku hidup, berterusan membesar dan bersekolah di Kg. Semin, Rembau. dari darjah 4 samapi darjah 6. kemudian aku pindah ke SMKA SHAMS, seremban sampai tingkatan 5

Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu aku belajar di sekolah menengah sampai tingkatan 5.

Selepas tingkatan 5, sekali lagi, Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu aku menyambung pelajaran lantas melengkapkan pengajian ijazah aku di UiTM. Kerajaan BN pimpinan UMNO yang berterusan menegakkan hak UiTM sebagai tempat Melayu dan Bumiputera sahaja.

Sebelum ini kita di tampuk kepapaan, Kerajaan BN pimpinan UMNO yang mengangkat martabat petani, pekebun miskin, peniaga kecil, penoreh getah sambilan dan tetap, agar mampu memiliki rumah kos rendah, kereta buatan tempatan, bantuan infrastruktu jalan raya, kesihatan dan keselamatan.

aku faham.

dari 10% kemajuan, Kerajaan BN pimpinan UMNO yang memajukan negara kepada 50-65% kemajuan. dalam beberapa puluhan tahun, Kerajaan BN pimpinan UMNO yang meninggikan ekonomi kerajaan. jadi orang-orang lama melihat dengan jelas, terang lagi bersuluh akan kemajuan yang dibawa.

tapi mengapa orang muda berpendidikan seperti aku, ada yang menentang Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu mereka bersekolah rendah dengan lebih teratur, bersekolah menengah dengan lebih lengkap, melengkapkan pengajian di universiti awam lebih-lebih lagi UITM. yurannya murah kemudahan lengkap.

tapi mengapa orang muda berpendidikan seperti aku, ada yang menentang Kerajaan BN pimpinan UMNO yang membantu ayah aku untuk pernah memiliki sebuah kereta Honda Civic? ada kereta, bermotorsikal juga.

kerana aku percaya, Malaysia sepatutnya berada lebih tinggi dari tahap semasa. aku percaya negara ini seharusnya sekarang berada di tahap 85%-90% kemajuan. kenapa?sebab Kerajaan BN pimpinan UMNO sudah memerintah negara ini melebihi setengah abad. aku percaya tol tidak boleh lagi di kenakan selepas 30 tahun mengutip duit rakyat. aku percaya kutipan cukai kita terlalu banyak bila nak dibandingkan dengan kemajuan, kemudahan yang aku nikmati.

bukan aku tidak bersyukur, malahan kerana aku bersyukur aku merasakan kemajuan berasakan perubahan total itu satu kewajiban. jika kita dah menelaah 1 buku 40 kali, jika kita masih tidak menguasai perkara tercatit, sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. sama juga dengan negara ini. ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

aku percaya, jika hanya ada 1% untuk Malaysia berubah ke arah lebih baik tanpa UMNO dan BN, aku akan bermatian mengundi selain UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment